Arbayah Ismail, C.A. (M), CFP, IFP, RFP

Puan Arbayah Ismail adalah Pengarah Urusan syarikat dan beliau pengasas bersama dengan Tuan Haji Rosli Md Top kepada kumpulan Moreclass yang ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu. Beliau merupakan akauntan bertauliah dan berpengalaman dalam bidang perancangan kewangan. Pernah bertugas di salah sebuah syarikat telekomunikasi dengan jawatan terakhir dalam kumpulan pengurusan tertinggi.

Beliau adalah salah seorang Certified Financial Planner (CFP) dengan lesen Suruhanjaya Sekuriti dan Islamic Financial Planner (IFP) yang terpilih di Malaysia dan telah memberikan khidmat nasihat dalam perancangan kewangan secara efektif dan menyeluruh. Beliau menumpukan kepada perancangan kewangan Islam dan mahu lebih ramai individu memahami keperluan proses ini dalam mencapai kebebasan kewangan dengan prinsip-prinsip berasaskan Syari'ah. Beliau telah memberikan ceramah dan bengkel perancangan kewangan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan korporat serta program awam.

Norsa'adah Bt Ahmad, C.A. (M)

Norsa'adah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2002 dan memulakan karier dalam pengurusan korporat. Beliau juga telah menamatkan kelulusan profesional daripada ACCA. Mula terlibat dalam bidang perancangan kewangan sejak 3 tahun yang lalu dengan tumpuan dalam perancangan perlindungan takaful dan insurans dan perancangan harta pusaka.

Beliau adalah calon Islamic Financial Planner Certification yang ditauliahkan oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan Islamic Banking and Finance Institution of Malaysia (IBFIM).

Mohd Nor Azam Bin Abd Rahman

Azam memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA pada tahun 2003 dan memulakan karier dalam sektor perbankan. Selain daripada itu, beliau pernah bertugas dalam kumpulan pengurusan dan memantau operasi cawangan secara menyeluruh. Beliau kini memberi tumpuan kepada pembangunan bisnes kumpulan Moreclass daripada segi pelanggan korporat.

Noramalina Abdullah

Noramalina telah memulakan karier dengan kumpulan Moreclass setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa daripada Management Sciences University sejak 3 tahun lalu. Pengalaman beliau dalam bidang pengurusan pelaburan banyak membantu pelanggan menyediakan pelan pelaburan yang berkesan bagi tujuan mencapai objektif kewangan mereka dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai pengalaman dalam perancangan harta pusaka secara menyeluruh.

Azimah Ismail

Azimah telah bertugas dengan kumpulan Moreclass lebih 7 tahun dan beliau berpengalaman dalam perancangan perlindungan takaful keluarga dan berkelompok seperti Program Manfaat Anggota Pekerja (Employees Benefit Program) dan Takaful Am. Sebelum ini, beliau pernah bertugas dalam sektor perbankan lebih daripada 15 tahun. Beliau menumpukan kepada keperluan operasi secara khususnya yang melibatkan pelanggan korporat.