Wasiat & Perancangan Pewarisan

Wasiat & Perancangan Pewarisan

Ramai yang mengelak apabila hendak membincangkan persoalan berkaitan Wasiat dan harta pusaka. Tetapi bagaimana pentingnya kita merancang untuk persaraan dan pendidikan anak-anak, perancangan perwarisan adalah sama penting. Ini adalah kerana perancangan yang baik akan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk ahli keluarga yang kita sayangi. Tanpa perancangan, kemungkinan waris akan mengalami beban kewangan dan tekanan emosi dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersayang.

Nike Washington Redskins Legend Jock Tag Performance T-Shirt – Burgundy, wholesale nfl jerseys from china, Cheap New York Giants Jerseys,NFL Tickets Directory., cheap jerseys, Cheap Jerseys china

Merancang dengan menulis Wasiat serta kaedah-kaedah lain perancangan perwarisan seperti Harta Sepencarian, Hibah, Amanah dan Waqf memberi peluang kepada anda menyatakan hasrat kepada ahli keluarga tersayang bagaimana menguruskan harta pusaka peninggalan dengan cara yang baik dan bermanfaat serta adil kepada waris. Di samping itu, bagi seorang Muslim anda juga boleh merancang untuk pelaburan di akhirat melalui amal jariā€™ah.

Ketahui lebih lanjut tentang kaedah-kaedah perancangan harta pusaka Islam dan bagaimana aplikasinya untuk manfaat keluarga anda:

  1. Wasiat - dokumen penting yang menyatakan amanah & pesanan kepada waris-waris
  2. Harta Sepencarian – deklarasi hakmilik dan perkongsian kepada aset yang diperolehi bersama oleh suami isteri selepas perkahwinan
  3. Hibah – deklarasi pemberian aset dan amanah kepada penerima sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan
  4. Waqaf - suatu pelaburan untuk Akhirat dengan membuat amanah untuk aset yang dimiliki bagi tujuan amal jariah dan mendapat keredhaan Allah semata-mata
  5. Amanah - dokumen pindahmilik aset yang diamanahkan kepada suatu entiti bagi tujuan tertentu yang ditetapkan oleh pemberi amanah sebagai contoh untuk pendidikan, saraan hidup dan kebajikan kepada benefisiari

Mengapa perlu Wasiat?

Bukankah Hukum Faraid telah ditetapkan untuk orang Islam? Sistem perundangan di Malaysia yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka menjadikan perancangan perwarisan merupakan salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan. Ketahui tentang kaedah perancangan harta pusaka yang berikut melalui perunding-perunding kami.

Hubungi Kami