Pengurusan Pelaburan

Pengurusan Pelaburan

Dalam pengurusan pelaburan, kami mengambil pendekatan yang menyeluruh termasuk mengenalpasti objektif pelaburan dan menyediakan jangkamasa pelan pelaburan samada untuk tempoh pertengahan (medium term) atau tempoh panjang (long term), memantau kedudukan dan pencapaian pelaburan dalam tempoh masa tertentu dan melaksanakan strategi pelaburan yang sesuai untuk menyeimbangkan portfolio perlaburan pelanggan.

canada goose kensington parka new york, Canada Goose Black Friday, outlet canada goose, Cheap Canada Goose,where to get cheap canada goose jackets, Canada Goose Jacket, Cheap Canada Goose, Cheap Canada Goose, Canada Goose,canada goose mens photo., canada Goose Outlet, Canada Goose sale, Canada Goose Kensington Parka

Perbincangan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada pelanggan dalam membuat keputusan untuk melabur dan agihan kategori aset (asset allocation) bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan. Penekanan kami adalah untuk mewujudkan proses yang konsisten dalam menilai pasaran dan pemilihan kategori aset yang sesuai. Kaedah ini akan menjamin pencapaian pelan pelaburan yang lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Kami menggunakan pendekatan berikut dalam melaksanakan pelan pelaburan yang efektif:

  1. Diversification (Diversifikasi) – memilih jenis aset dan kategori pelaburan yang berbeza supaya pelaburan dibuat dengan seimbang bagi mencapai objektif kewangan yang ditetapkan
  2. Ringgit Cost Averaging (RCA) - membuat pelaburan dengan kekerapan yang konsisten seperti setiap bulan
  3. Rebalancing (Perimbangan) – menganalisa pencapaian portfolio pelaburan dalam tempoh tertentu dan membuat imbangan semula sekiranya terdapat perubahan situasi semasa yang mempengaruhi pencapaian portfolio
  4. Switching (Penukaran) – membuat pemindahan pelaburan kepada jenis aset yang sesuai dengan objektif
  5. Redemption - menjual semula unit setelah mencapai objektif pelaburan dan mendapat keuntungan yang munasabah atau mengurangkan risiko kerugian

Pelaburan yang baik dan sesuai boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif yang berbeza seperti menyediakan tabung pendidikan anak-anak, tabung persaraaan dan juga tabung untuk memulakan perniaagaan misalnya. Semua adalah bergantung kepada kriteria yang ditetapkan bersama pelanggan dan penerimaan risiko pelaburan (risk appetite).

Hubungi Kami